Sunday 19 December 2010

MINYAK PELINCIR PETRONAS 4SP

Minyak pelincir merupakan pelincir enjin yang sangat penting. Apa yang dapat saya kongsikan bersama ialah penggunaan minyak pelincir keluaran petronas iaitu Petronas 4SP sangat bermutu. Dengan harga rm50 ianya berbaloi untuk penggunaan sehingga 4000km atau dalam 3 bulan. Minyak pelincir ini bergred Fully Synthetic 10w-50 merupakan gred yang medium yang sangat stabil pada suhu sejuk ataupun panas. Saya pengguna Yamaha 135LC yang dahulunya menggunakan minyak pelincir Yamalube tetapi bunyinya yang kasar. Sekarang setelah menggunakan EO Petronas 4SP saya memang terkejut kerana penukaran gear yang lembut, responsif dan lancar, bunyi yang senyap dan senang dihidupkan pada waktu pagi. Sememangnya penggunaan barangan tempatan adalah terbaik walaupun harganya agak mahal. Tetapi EO ini memang senang didapati di stesen minyak Petronas.


PROTON , PERODUA SEMAKIN UNIK

Jelas sekali bermula tahun depan kita dapat pastikan bentuk kenderaan semakin unik, menarik dan canggih,,apa yang dapat dikongsikan ialah kebanyakan kereta konsep Proton yang dilancarkan di KLIMS dan motor show di negara lain 2010 akan menjadi production. Kenderaan terbaru akn menjengah kita iaitu Proton Persona yang diambil daripada  Proton Tuah, Proton Saga FL, Lotus City Car,Proton Emas, dan Exora Hibrid. Manakala melalui Proton R3, kita dapat lihat Satria Neo R3 dan Proton Saga R3 yang dipaparkan cukup menggamit golongan muda.






   Selain Proton, Perodua juga akan menjengah kita dengan kereta baru iaitu Myvi 2011. Peningkatan kepada jualan myvi tahun ini mungkin membesarkan lagi kejutan kepada peminatnya pada tahun 2011.
Gambar spyshot dibawah membuktikan keunikannnya daripada model sebelum ini. Perodua mempunyai kereta konsep yang mungkin diketengahkan untuk keluarannya akan datang.