Saturday 18 December 2010

JUPITER MX LATEST DI INDONESIA, DI MALAYSIA BILA AGAKNYA..?

   Jentera motosikal buatan Yamaha sememangnya mempunyai rekaan yang lebih menarik minat pemuda mahupun belia tidak kira dimana ia dilancarkan. Jentera yang dimaksudkan ialah 135 Lc.Jika di Indonesia ianya dinamakan Jupiter Mx, di Singapura dikenali sebagai Sniper 135 dan Vietnam sebagai Spark 135. Tetapi model yang terlaris ini akan menemui peminatnya dalam versi terbaru 2011..

   Di Indonesia ianya telah dilancarkan dan bentuknya sangat aerodinamik dan garang. Perubahan yang dapat disaksikan pada 135lc baru ini ialah ianya mempunyai bentuk coverset yang sangat futuristik, cakera disc brek di bahagian tayar belakang, lampu belakng yang seakan Honda Wave, lampu depan yang besar, enjin 135cc dengan 5 gear, tayar belakang saiz 100/70 ,pelindung tayar belakang iaitu rear hugger, rpm 8500, kaburator baru dan bateri baru.




SESTO ELEMENTO

   Sesto elemento merupakan sebuah panggilan kereta konsep iaitu Lamborghini Sesto Elemento. Ianya mempunyai enam elemen iaitu merangkumi carbon fiber dan sebagainya. Kereta konsep ini dijangka akan dikeluarkan dalam bentuk production yang terhad kepada 10 unit ke bawah sahaja.





   Kelajuan yang terpantas dapat dicatatkan ialah 2.5 saat dalam 100kph atau 60mph. Kereta sesto elemento ini sememangnya sangat memukau sesiapa sahaja yang memandangnya kerana element carbon fibernya serta bentuk yang aerodinamik serta rekaan futuristik dan fantastik.

PROTON SAGA FL TERBARU 2011

     Kedatangan 2011 sememngnya dinantikan . Disamping azam baru, kita juga pastinya berminat untuk melihat pelancaran model kenderaan terbaru.

    Apa yang dapat dipastikan ialah model terbaru yang baru sudah dilancarkan ialah PROTON SAGA FL pada akhir tahun 2010. Dengan enjin 1.3 dan terdapat 4 versi iaitu 1.3 standard (B) Manual Trasmission, 1.3 standard (B) Auto Transmission, 1.3 Executive MT dan 1.3 Executive AT.

    Harganya dalam lingkungan rm 37,998 - rm 43,298 cuma lebih 1 ribu dari model sebelumnya iaitu SAGA BLM.






    Di bawah ini merupakan version PROTON SAGA R3 yang dipamerkan di Thai Motor Expo baru-baru ini. Cukup bergaya dan sangat menarik tetapi belum dapat dipastikan ianya akan dipamerkan untuk menjadi model SAGA R3 kepada peminat-peminat yang mahu teknologi modifikasi ini daripada SAGA FL mereka nanti.