Saturday 18 December 2010

JUPITER MX LATEST DI INDONESIA, DI MALAYSIA BILA AGAKNYA..?

   Jentera motosikal buatan Yamaha sememangnya mempunyai rekaan yang lebih menarik minat pemuda mahupun belia tidak kira dimana ia dilancarkan. Jentera yang dimaksudkan ialah 135 Lc.Jika di Indonesia ianya dinamakan Jupiter Mx, di Singapura dikenali sebagai Sniper 135 dan Vietnam sebagai Spark 135. Tetapi model yang terlaris ini akan menemui peminatnya dalam versi terbaru 2011..

   Di Indonesia ianya telah dilancarkan dan bentuknya sangat aerodinamik dan garang. Perubahan yang dapat disaksikan pada 135lc baru ini ialah ianya mempunyai bentuk coverset yang sangat futuristik, cakera disc brek di bahagian tayar belakang, lampu belakng yang seakan Honda Wave, lampu depan yang besar, enjin 135cc dengan 5 gear, tayar belakang saiz 100/70 ,pelindung tayar belakang iaitu rear hugger, rpm 8500, kaburator baru dan bateri baru.




No comments: