Sunday 19 December 2010

MINYAK PELINCIR PETRONAS 4SP

Minyak pelincir merupakan pelincir enjin yang sangat penting. Apa yang dapat saya kongsikan bersama ialah penggunaan minyak pelincir keluaran petronas iaitu Petronas 4SP sangat bermutu. Dengan harga rm50 ianya berbaloi untuk penggunaan sehingga 4000km atau dalam 3 bulan. Minyak pelincir ini bergred Fully Synthetic 10w-50 merupakan gred yang medium yang sangat stabil pada suhu sejuk ataupun panas. Saya pengguna Yamaha 135LC yang dahulunya menggunakan minyak pelincir Yamalube tetapi bunyinya yang kasar. Sekarang setelah menggunakan EO Petronas 4SP saya memang terkejut kerana penukaran gear yang lembut, responsif dan lancar, bunyi yang senyap dan senang dihidupkan pada waktu pagi. Sememangnya penggunaan barangan tempatan adalah terbaik walaupun harganya agak mahal. Tetapi EO ini memang senang didapati di stesen minyak Petronas.


No comments: